Search This Blog

Wednesday 15 June 2011

Pengenalan.

Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah (TPM).
Mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM. 


Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. TBNSA akan menjadi pusat bagi merekodkan, memelihara dan menggalakkan pemuliharaan sumber kebangsaan yang berdaya saing dan lestari selaras dengan pengiktirafan Malaysia sebagai salah sebuah daripada tujuh belas (17) negara Megadiverse Countries dan juga keahlian Malaysia di dalam Group of Like-minded Megadiverse Countries.



Berkeluasan 817 hektar, TBNSA menempatkan koleksi spesies flora yang pelbagai merangkumi tumbuhan dan pokok sebanyak empat ratus dua puluh dua (422) spesies kesemuanya. TBNSA secara langsung berperanan sebagai “paru-paru” atau green lung kepada Lembah Kelang.  Uniknya TBNSA juga adalah ia merupakan taman hutan di tengah-tengah bandar Shah Alam sebagaimana konsep Hyde Park di London mahupun Central Park di New York. Dalam masa yang sama TBNSA berperanan sebagai salah satu komponen terpenting Local Agenda 21 Shah Alam khususnya kepada agenda pembangunan mapan dari sudut pemuliharaan ekosistem. 

Peta Taman Botani Negara Shah Alam.



Klik pada gambar.

No comments:

Post a Comment